gelodak dihati

30 05 2009

Dalam kekalutan fikiran…tiba2 aku dihambat rasa rindu pd seseorang…lalu tanpa membiarkan rindu bersarang lama di kalbu,aku menghatar msg bertnya khabar padanya…selang beberapa minit daripada itu…msg aku dibalas…penuh kesayuan…

“salam k.nurul…CT mintak maaf kat k.nurul sbb x bgtau yg CT ada dlm wad skg..CT mintak maaf byk2…”

sebenarnya bukan itu yg ingin aku kongsikan tapi secara halusinasinya aku terharu sbb insan ini sudah tidak punyai siapa2 lg didunia ini…hanya mengharap belas kasihan dari abg sepupunya yg tak pernah jemu untuk mengambil berat tetang dirinya…udahlah hidup ibarat sebatang kara…fizikalnya jua tak sesempurna diriku…Ya Allah…betapa beryukurnya aku kerana kau sempurnakan nikmat fizikalku ini…sesekali bila aku renung & imbas,alangkah kasihannya dia kerana cacat fizikalnya,hidup ibarat sebatang kara biarpun ada adik-beradik kandung,tapi tak pernah dipedulikan.Ibarat merempat ditanah sendiri”…..

Aku bersyukur kerana dipertemukan dengannya.Mengenalinya menjadikan aku sentiasa bermuhasabah diriku sendiri.Manakan tidak,dia yg mengharap belaian kasih ibu & ayah x dapat merasainya,mengharap pertolongan & simpati dari saudara kandungnya juga jauh dari yang disangka,cuma aku tempatnya bermanja.Dengan aku dia mencurahkan derita dijiwa,dengan aku jualah dia mengharap secebis kasih untuk dikongsi bersama…

Aku benar2 terharu,kisahnya aku kongsikan bersama emak & ayahku hatta mereka jua masih mengaggap dirinya seperti anak mereka sendiri biarpun tak pernah sekali bertentangan mata,melihat rupa cuma mendengar dari perkhabaranku saja…

Emak menasihatiku: “Jangan kau persiakan hidupnya,selagi kau masih bernyawa,ambillah berat tentangnya,bertanya khabarnya,jaga hatinya & kongsilah kasih sayang mak ni dengannya,mudah2an dengan sedikit kau menjaga hatinya akan Allah balas nikmat yg x terhingga buatmu & permudahkan segala urusanmu…layan dia sebaik mungkin…anggaplah spt adikmu sendiri…”…betapa sayangnya emak padanya…

“Siti”..jangan kau bersedih hati,aku masih betah mendampingimu,biarlah sekelilingku mentertawakanku kerana berkawan dengan OKU tapi aku tidak punya sikitpun perasaan malu kerana bagiku,kita sama saja…aku masih terbayang2 kenangan sewaktu kita dipantai Tok Bali…aku dipertaruhkan untuk menjaga anak2 kakakku dan jua dirimu sedang abg iparku pergi solat jumaat.Sewaktu memimpimu pulang ke chalet yg disewa,aku memimpinmu berjalan menlewati anak2 muda yg tidak mengendahkan seruan azan tp masih sibuk berfoya2 di pantai…aku ditertawakan kerana berkawan dengn OKU…betapa sakitnya hati aku kerana mereka menghina dirimu…dalam hatiku hanya mampu menahan marah kerana udahlah tak pergi Jumaat,malah turun mempersendakan ciptaan Allah…naik jelik aku memandang mereka…aku hanya berdoa mudah2an Allah memberi hidayah kepada mereka & kembali menginsafi perbuatan mereka itu….

Biarlah kenangan iu membuai masa laluku tapi selagi masih ada nyawaku,aku takkan persiakan dirimu & mengambil berat akan dirimu selagi mampu…

Advertisements

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: