SEKADAR BERKONGSI RASA

16 06 2009

Pejam celik,pejam celik akhirnya aku dah pun bergelar graduan dr Yarmouk Universiti,Jordan dlm bidang Sharia’ (Ekonomi & Perbankan Islam)..rasa baru semalam aku menjejakkan kaki di bumi yg penuh dgn kisah sejarah ni..baru semalam juga rasanya aku mengenali “Bangsa Arab” ni..& semalam juga rasanya aku meninggalkan alam persekolahan yg penuh dgn pengalam suka duka…Hari ni aku meniti realiti bahawa aku sudahpun bergelar graduan…bukan itu yg aku pentingkan..tapi apa yg masih menggusarkan benak hati ini,adakah cuup ilmu yg aku kutip disini utk aku canaikan menjadi mutiara indah tika aku pulang menbur bakti buat anak bangsa tercinta ditanah air kelak…hanya sebulan lebih shj lagi aku akn pulang memeluk ayah ibu yg dirindui…membelai adik2 yg disayangi…tapi kegelisahan yg membelenggu didada hati masih belum pudar gusaran warnanya…

Aku tinggalkan seketika kegusaran yg membelah perasaanku ini…bukan itu yg ingin aku ceritakan…

Lima hari yg lepas, aku dikejutkan dengan kematian seorang sahabat seperjuangan dibumi kinanah,jiran sebelahku (Mesir)…pemergian yg cukup meninggalkan kesan dalam jiwa insn yg bergelar hamba yang mencari redha Illahi…berita kematiannya disampaikan melalui yahoo group…Walaupun tidak mengenali insane yg pergi menemui cinta illahi itu, tapi aku sedikit kagum dengan dirinya takala membaca cetusan rasa dari sahabat2 yang pernah mengenali Muhammad Ammar b. Zulkiefli…Perginya tiada pengganti…hilangnya seorang mujahid muda yg sentiasa disegani dalam setiap langkah bicaranya…Semoga Allah permudahkannya jalan kesyurga….
Begitu jua seorang ulama terkenal & juga pemikir Islam yg disegani ramai…beliau menghembuskan nafas terakhir tika darah perjuangan masih lagi mengalir deras dalam jiwanya, beliau dijemput menghadap tuhannya…beliau ialah Syeikh Fathi Yakan…

Perginya mereka tiada pengganti….hilang mereka bak hilangnya mutiara yg bernilai harganya buat dunia Islam kini…semoga kita yang masih diberi pinjaman nyawa akan terus berjuang sehabis daya dalam menegakkan agamanya…Ameen ya Rabb…

Al-Fatihah buat kedua2 allahyarham yg baru pergi bertemu dgn cinta sejati & tak lupa buat keluarga terdekat kita yg mana telah dahulu meninggalkan kita,buat mereka yg pernah berjasa terhadap kita,rakan taulan kita,serta seluruh umat Islam didunia ini yg telah pergi menyahut seruan Illahi…janganlah kita lokek utk menyedekahkah “al-Fatihah” buat mereka keran ingatlah,sekali kita bakhil utk bersedekah al-fatihah buat mereka,maka terhadap kita kelak…siapakah yg akan betah utk menyedekahkan al-fatihah buat kita?????Renung2kan…

Peringatan buat diri yg sentiasa dihantui kealpaan…mudah2an aka nada teguran dalam kelembutan…


Actions

Information

Leave a comment